Santai Ramadhan kakitangan PULAPEN Perak
- Written by Admin
Pada 23 dan 24 Ogos 2011, PULAPEN Perak telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk
yang dijalankan secara gotong-royong di perkarangan Rumah PERSIAP PLPP antara pegawai kanan serta semua kakitangan, aktiviti tersebut diteruskan lagi dengan gotong royong mengacau dodol yang diadakan pada 25 Ogos 2011.Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim antara semua peringkat kakitangan dalam suasana santai Ramadhan ini.