Ucapan Komandan
- Written by Admin
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana melayari laman web institusi ini.Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia merupakan sebuah institusi latihan yang dipertanggungjawabkan untuk melatih kakitangan Jabatan Penjara Malaysia khususnya bagi peringkat rendah. Adalah menjadi harapan Jabatan Penjara Malaysia untuk mempunyai pegawai penjara yang berdisiplin, berpengetahuan dan berwawasan.Oleh itu, institusi ini cuba untuk memenuhi harapan ini.
Dengan adanya laman web ini, diharapkan dapat dipergunakan sepenuhnya oleh semua anggota kakitangan Jabatan Penjara Malaysia khususnya dan masyarakat amnya dalam memberi maklumat berkenaan program-program kursus yang telah diatur sepanjang tahun. Di samping itu dapat merapatkan lagi hubungan antara institusi ini dengan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
PKP MUHAMMAD ASRI BIN ALI
KOMANDAN
PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA MALAYSIA