MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KSAPP SIRI 1/2022
- Written by AdminPLPP
1 Jun 2022 - Bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak, telah berlansungnya Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2022 yang melibatkan seramai 132 orang peserta kursus dari institusi penjara seluruh Malaysia.
Pegawai yang mengambil tabik hormat adalah YBhg. KP Dato’ Mohd Sakri bin Hj Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hadir bersama isteri, Ybhg. Datin Norizza binti Mohamed, diiringi oleh TKP Faisal bin Mohamed Noor, Pengarah Penjara Negeri Perak serta isteri, Pn. Anis binti Hassan.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Negeri serta Unit Latihan institusi semenanjung Malaysia.
Aturcara dimulakan dengan perbarisan berjalan lalu, seterusnya penyampaian Anugerah Kecemerlangan Latihan, persembahan Pancaragam Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka, peserta kursus seterusnya mempersembahkan Senama Rifle dan sebagai penutup, adalah persembahan SENTAP serta gimik perasmian penutupan.