KURSUS PEMBANGUNAN PERSONALITI
- Written by AdminPLPP
30 September 2021 - Seramai 16 orang kakitangan berpangkat Sarjan telah menghadiri Kursus Pengukuhan Personaliti yang telah diadakan bermula 28 hingga 30 September 2021.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan dan teknik-teknik penyampaian yang berkesan berkaitan bidang latihan terutama bagi Modul Kawad, Senjatapi dan Sahsiah diri. Selain itu, peserta kursus juga turut didedahkan dengan mengenalpasti kriteria dan tugas sebenar sebagai Sarjan Major.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah diadakan pada 30 September 2021 dan telah disempurnakan oleh PKP Azhari bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak.