PLPP KAHOOT!! CHALLENGE
- Written by AdminPLPP
14 Julai 2021 - Bertempat di Auditorium Ilmu, telah diadakan PLPP Kahoot! Challenge yang melibatkan semua kakitangan PULAPEN Perak. Pertandingan ini melibatkan 4 pasukan dan setiap pasukan terdiri daripada 3 kumpulan. Soalan-soalan yang digunakan melibatkan modul senjatapi, kawad, SENTAP, Akademik, Pengetahuan am, Sahsiah dan Moral. Cabaran ini adalah sebagai salah satu sesi ulangkaji kepada semua yang terlibat.
Kahoot merupakan salah satu media pembelajaran online yang berasaskan permainan dan kuiz. Aplikasi ini mula diperkenalkan dan dibuka kepada umum pada tahun 2013 sebagai salah satu medium untuk menggalakkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan interaktif. Cabaran kali ini memberi peluang kepada seluruh kakitangan PULAPEN Perak untuk mempelajari sesuatu yang baru.
PKP Azhari bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak, diringi oleh TPP Abdullah bin Abd Kodir, Timbalan Komandan ( Latihan ) dan PPP Mohd Saruddin bin Jusoh, menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.