PERGINYA SEORANG PERMATA JABATAN PENJARA MALAYSIA DAN LAGENDA BOLA SEPAK NEGARA
- Written by AdminPLPP
23 Disember 2020 - Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Dato' Namat Bin Abdullah diatas pemergian Lagenda Bolasepak Negara itu. Semoga Di Cucuri Rahmat ke atas rohnya.
Pegawai dan kakitangan PULAPEN Perak diberi penghormtatan untuk membantu menyempurnakan istiadat pengebumian sebagai tanda Penghormatan terakhir kepada wira negara dan jabatan penjara Malaysia tersebut. Bertempat di kediaman Allahyarham di Sg Petani, kakitangan PULAPEN Perak membantu menguruskan membawa jenazah ke Masjid untuk tujuan dimandikan, dikafan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian.