MOHON KEBENARAN PESERTA-PESERTA KSAPP SIRI 2/2019 MENINGGALKAN PUSAT LATIHAN
- Written by AdminPLPP
28 November 2019 - Khamis
10 tahun yang lalu, menjadi seorang Pegawai Penjara mungkin tiada dalam kamus hidup kamu.
Latihan regimental, bukan kemahuan kamu,
Didenda, dihukuman, diherdik bukan kehendak kamu,
Sedih, penat, lelah, dendam, stress semuanya pernah bersarang di hati kamu.
Perjalanan 3 September 2019 telah berakhir'
27 November 2019, telah kamu buktikan kemampuan kamu,
28 November 2019 kamu 'bebas' kembali ke pangkuan keluarga,
Pastikan 3 Disember 2019, kamu bersedia menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
DISITULAH BERMULA PERJALANAN HIDUP KAMU.
Perdengarkan kepada guru-guru kamu, kamu berjaya menjadi insan TERSOHOR, BERJAYA dalam bidang yang diceburi,
Ceritakan kepada dunia, kamu bukan lagi yang dulu.
Gunakan sebaik mungkin ilmu yang dicurahkan,
Mereka tidak minta disanjung, tidak minta diagung-agungkan,
Berpijak dibumi yang nyata, jangan terlalu mendongak ke langit.
SELAMAT MENJADI WARGA JABATAN PENJARA MALAYSIA