TEAM LEMANG KEMBALI BERAKSI
- Written by AdminPLPP
3 Jun 2019 Isnin, Ramadhan semakin hampir ke Penghujung, bermakna, Aidilfitri semakin menghampiri dan team lemang PULAPEN Perak sedia 'beraksi' kembali.
Program tahunan yang dirancang kali ini telah bermula pada minggu ke 3 Ramadhan, bermula dengan mencari kayu, penyediaan tempat bakar, buluh lemang seterusnya pulut dan santan sehinggalah penyediaan dan seterusnya proses memasak lemang dijalankan, dimana ianya turut dibantu oleh warga kerja PULAPEN Perak.
Program kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Azhari Zaman, Komandan PULAPEN Perak, PP Mohd Hamdhan Mat Noh, Timbalan Komandan Pengurusan, TPP Abdullah Abd Kodir, Timbalan Komandan Latihan, serta barisan pegawai kanan.
Program tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa secara pot luck dan santai yang turut dihadiri oleh ahli keluarga kakitangan PULAPEN Perak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Komandan serta seluruh warga kerja PULAPEN Perak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.