Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

Pautan

Jabatan Penjara Malaysia Maktab Penjara Malaysia Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Institut Koreksional Malaysia Melaka  Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia

MS ISO 9001 : 2015

Pelawat

0002584463
Today
This Week
This Month
Last Month
All days
2145
6514
17155
70803
2584463

Forecast Today
1512

9.77%
18.64%
0.85%
2.60%
0.10%
68.04%
Online (10 minutes ago):43
43 guests
no members

Your IP:127.0.0.1

LATIHAN MENEMBAK INDIVIDU DAN KUMPULAN SIRI 1/2019 ANJURAN 72 WD KJL JD

  • Written by AdminPLPP

23 April 2019 - PULAPEN Perak diberi penghormatan apabila dijemput untuk turut serta dalam acara Latihan Menembak Individu & Kumpulan ( LMIT Siri 1/2019) bertempat di Lapang Sasar Kem Garisson Sg Ranting yang dianjurkan oleh 72 WD KJL JD.

Seramai 9 orang pegawai dan jurulatih yang terlibat dalam latihan tembak tersebut diberi pendedahan mengenai tatacara pengendalian senjata jenis Colt M4. Pegawai dan jurulatih yang terlibat adalah PKP Azhari Bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak, PP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh, Timbalan Komandan ( Pengurusan ), PPP Mohd Saruddin Bin Jusoh, IP Aiman Izdihar Bin Yahya, IP Ismail Bin Mohd Tarmizi, SP Abd. Razak Bin Abd Rashid, SP Ridzuan Bin Jaafar, KPL Kamel Bin Sulaiman dan KPL Aidil Anwar Bin Amri.

Turut diadakan adalah pertandingan menembak piring dalam jarak 200m, dan peserta perlu berlari sejauh 50m sebelum menjalankan tembak. PULAPEN Perak telah menghantar 2 penyertaan untuk turut serta dalam pertandingan tersebut.

Faktor cuaca tidak menjadi penghalang kepada peserta meneruskan acara. Hasil dari sesi latihan yang dijalankan oleh pihak penganjur Pasukan PULAPEN 2 telah berjaya menjuarai pertandingan yang dijalankan.

Lt.Kol. Ramli Bin Johari, Pegawai Memerintah 72 WD KJL JD telah menyempurnakan aturcara penyampaian hadiah kepada pemenang. PKP Azhari Bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak turut mengambil peluang untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diatas peluang dan pengalaman yang sangat berharga.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak 72 WD KJLJD kerana sudi memberi peluang untuk merasai pengalaman yang sangat berharga ini kepada pegawai dan jurulatih dari institusi ini.

INFO COVID-19

Info Covid KKM  mysejahtera   

Intranet

Sistem Online

Muat Turun

Info Integriti

Alamat Kami

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, 
Jalan Muzafar Shah, 34000,
Taiping, Perak 
Tel: 05 8050020, 05 8082182
Fax : 05 8064909
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Carian