KUNJUNGAN HORMAT SEMPENA MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 1/2019 KE PEJABAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( PENGURUSAN ) KEMENTERIAN DALAM NEGERI
- Written by AdminPLPP
17 April 2019 - PKP Azhari Bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak, bersama PP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh, Timbalan Komandan ( Pengurusan ) , telah mengadakan satu kunjungan hormat sempena Majlis perbarisan tamat latihan ke pejabat Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Dalam Negeri , YBhg. Dato' Jamil Bin Rakon.
Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut adalah TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis tersebut dijadualkan pada 22 April 2019 bertempat di Pusat Latihan Pegawai penjara Malaysia Taiping.