PROGRAM PENANAMAN SEJUTA POKOK
- Written by AdminPLPP
29 November 2018 ( Khamis ) - Program Penanaman Sejuta Pokok yang melibatkan seramai 60 orang yang terdiri dari warga kerja PULAPEN Perak, Ahli PERSIAP, serta keluarga bermula pada jam 8.30 pagi di perkarangan Teratak Cempaka Sari dan turut dihadiri oleh PKP Azhari Bin Zaman, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, bersama Pn. Sarizah Binti Dahaman, Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak.
Penanaman pokok buah-buahan seperti Durian Belanda,Kedondong, buah mata kucing serta beberapa pokok buah-buahan yang dilain dilakukan di sekitar taman permainan dan perumahan kakitangan. Selesai penanaman pokok, kakitangan yang terlibat meneruskan program dengan menjalankan gotong-royong disekitar kawasan latihan dan perumahan kakitangan bagi menghapuskan tempat-tempat yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.