PROGRAM LEMANG RAYA
- Written by AdminPLPP
13 Jun 2018 ( Rabu ) - Ramadhan semakin menuju ke penamatnya, bermakna Syawal akan nejelang tiba. Rutin setiap tahun warga PULAPEN Perak apabila Program membakar lemang beramai-ramai diadakan sekali lagi pada tahun ini, sama seperti tahun-tahun yang lalu.
Gotong-royong bermula dengan mencari kayu api untuk proses membakar, seterusnya mencari daun pisang dan buluh. Proses mendapatkan bahan-bahan ini dajalankan pada hari yang berlainan bagi memberi ruang kepada semua untuk selesa menjalani ibadah puasa disamping memenuhi keperluan program yang dirancang. Semua pegawai kanan, turut serta adalah PKP Nik Robidin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak, sama-sama turun padang untuk menyediakan serta menjayakan program pada kali ini.