MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN PUSAT TAHFIZ
- Written by AdminPLPP
31 Mei 2018 ( Khamis ) - Program tahunan ketika bulan Ramadhan diteruskan pada tahun ini dengan berlansungnya Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim Rumah Ummu Sopiah Trong, serta Pusat Tahfiz Wa Ta'alimul Quran Al Rahimiyah, Taiping. Seramai hampir 60 orang jemputan dirai di dalam majlis yang diadakan pada kali ini.
Majlis berbuka puasa kali ini diadakan di Dewan Tun Perak dan turut dihadiri oleh PKP Nik Robidin Bin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak, serta isteri, Pn Zalina Binti Zahari, Pengerusi PERSIAP PULAPEN. Turut memeriahkan majlis adalah jemputan dari institusi penjara yang berhampiran.
Turut diselitkan dalam aturcara majlis adalah penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim dan penghuni pusat tahfiz yang disampaikan oleh Pn. Zalina, Pengerusi PERSIAP PULAPEN dan seterusnya penyampaian sumbangan kepada penjaga rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz.