MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 1/2018
- Written by AdminPLPP
13 Mei 2018 ( Ahad ) - Maktab Penjara Malaysia, Kajang Selangor telah menjadi lokasi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Timbalan Penguasa, Inspektor dan Pegawai Penjara Siri 1/2018 yang melibatkan hampir 450 orang anggota perbarisan yang melibatkan anggota berpangkat Timbalan Penguasa, Inspektor dan Pegawai Penjara.
Pegawai Tabik Hormat semasa majlis tersebut adalah YBhg. Dato' Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, Ketua-Ketua Institusi Zon Tengah, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara serta Badan-Badan Kerajaan yang terlibat.
Turut diadakan adalah penyampaian Piala Pusingan Kecemerlangan latihan kepada peserta-peserta kursus terbaik.Tetamu yang hadir, turut dipertontonkan dengan persembahan Pancaragam Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka serta Persembahan dari Unit K9, Jabatan Penjara Malaysia.
Peserta kursus terbaik Keseluruhan : Mohd Hasrul Bin Salleh
Peserta kursus terbaik Akademik : Abdul Muzil Bin Ruslan
Peserta kursus terbaik Menembak : Rozlani Alwi Bin Shakri
Peserta kursus terbaik Latihan Luar : Izzati Sahira Binti Elias