KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN DI TASIK KENYIR
- Written by AdminPLPP
17 Januari 2018 ( Rabu ) - Seramai 21 orang pegawai kanan serta jurulatih telah terlibat dengan Kursus Pengukuhan Pasukan yang diadakan di Tasik Kenyir bermula 17 hingga 21 Januari 2018. Program yang diadakan selama 4 hari itu, turut disertai oleh PKP Nik Robidin Bin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak.
Pada hari pertama kursus, semua peserta sempat melawat ke Penjara Marang dan beramah mesra bersama pegawai dan anggota di sana sbeelum meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir. Pelbagai aktiviti dirancang sebagai pengisian kepada peserta kursus sepanjang kursus berlansung. Dalam perjalanan balik, Pusat Pemulihan Akhlak Machang menjadi destinasi persinggahan terakhir sebelum meneruskan perjalanan balik ke PULAPEN Perak.
Antara objektif diadakan kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta membuat penyegaran minda kepada pegawai kanan serta jurulatih bagi mencari idea-idea baru dalam meningkatkan lagi keupayaan dalam menyampaikan maklumat dalam sessi pembelajaran kepada peserta kursus asas.