PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT INSTITUSI PENJARA NEGERI PERAK
- Written by AdminPLPP
16 Januari 2018 ( Selasa ) - Perhimpunan bulanan peringkat institusi Negeri Perak telah diadakan di Auditorium Ilmu, PULAPEN Perak. Turut hadir adalah pengarah-pengarah institusi penjara Negeri Perak, serta Komandan PLPP. TKP Tan Tian Heng, pengarah Penjara Negeri Perak telah berbesar hati untuk menyempurnakan aturcara pemakaian pangkat kepada 3 orang kakitangan yang terlibat. Selesai acara pemakaian pangkat, majlis diteruskan dengan mendengar Perutusan Tahun Baru dari Ketua Pengarah Penjara Malaysia.