BUBUR LAMBUK KEMBALI LAGI
- Written by AdminPLPP
15 Jun 2017 ( Khamis ), Bertempat di Mayang Sari, seperti tahun-tahun sebelumnya, program memasak bubur lambuk akan diadakan setiap minggu. Aktiviti ini telah dirancang oleh AJK Surau dan disokong oleh PKP Nik Robidin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak. Kerja-kerja penyediaan bahan dijalankan secara gotong-royong melibatkan semua kakitangan termasuk pegawai kanan. Rutin setiap tahun ini dikekalkan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama serta membentuk satu pasukan kerja yang mantap.