MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM UMMU SOPIAH
- Written by AdminPLPP
12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438H, Bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Ummu Sopiah, Trong telah diadakan Majlis berbuka puasa penghuni pusat jagaan tersebut bersama kakitangan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, serta ahli PERSIAP dan PERSIAP Bersekutu PULAPEN Perak. Hadir memeriahkan majlis adalah Y.B Dato' Zabri Bin Abd Wahid, Ahli Dewan Undangan Trong. Turut serta dalam majlis tersebut adalah PKP Nik Robidin Ab Rahman, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia serta keluarga.
Aturcara dimulakan dengan Sessi bergambar dan seterusnya diadakan Bacaan Tahlil. Semua tetamu menunaikan solat maghrib berjemah setelah selesai berbuka puasa. Aturcara diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak yatim dan seterusnya kepada pihak pengurusan rumah jagaan tersebut iaitu, Ust. Abd Karim Md Isa yang disempurnakan oleh Y.B Dato' Zabri Abd Wahid dan Komandan PULAPEN Perak.