MALAM RAMAH MESRA TIMBALAN KOMISIONER JENERAL PENJARA ( PENGURUSAN ) BERSAMA WARGA PENJARA NEGERI PERAK
- Written by AdminPLPP
24 Februari 2017 ( Jumaat ) - Bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping jam 8.00 malam telah diadakan Majlis Ramah Mesra Timbalan Komisioner Jeneral Penjara ( Pengurusan ) bersama warga Penjara Negeri Perak dan PERSIAP institusi Penjara Negeri Perak. Kehadiran YBhg. Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah yang ditemani isteri, YBhg. Datin Syakirah Binti Jusoh disambut oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Perak, Komandan PULAPEN Perak, Warga Penjara Negeri Perak, serta ahli PERSIAP Cawangan Institusi Negeri Perak.
Tetamu yang hadir dimeriahkan lagi dengan persembahan dari pelatih-pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2017. Aturcara turut diselitkan dengan penyampaian cenderahati kenangan yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Tan Tian Heng kepada YBhg. Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, manakala cenderahati kepada YBhg. Datin Syakirah Jusoh pula disampaikan oleh Pn. Teo Siew Tho.