HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT INSTITUSI
- Written by AdminPLPP
8 Oktober 2016 ( Sabtu ) - Sempena Hari Sukan Negara yang disambut pada hari Sabtu Minggu kedua setiap tahun, institusi ini telah menjalankan beberapa aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi yang turut dihadiri oleh PKP Nik Robidin AB Rahman, Komandan PULAPEN Perak, pegawai kanan, jurulatih, ahli keluarga serta peserta-peserta KSAPP Siri 2/2016.
Aturcara dimulakan dengan senamrobik yang diadakan di padang kawad. Selesai sarapan pagi, semua peserta KSAPP Siri 2/2016 dilepaskan menaiki bas bergerak ke Pusat Konsevasi dan Penerangan penyu Segari, manakala kumpulan kedua bergerak secara konvoi bermotorsikal. Aktiviti di Segari diteruskan dengan acara jalan lasak, dan bola sepak pantai sebelum berhenti makan tengahari serta penyampaian hadiah kepada pemenang.
Selesai program di Segari, pasukan konvoi sempat singgah ke Rumah Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sopiah melengkapkan aturcara program dalam Lawatan Muhibbah sebelum bergerak balik ke Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping.