JAMUAN HARI RAYA PERDANA
- Written by AdminPLPP
19 Julai 2016 ( Selasa ) telah diadakan Jamuan sempena sambutan Aidilfitri bertempat di Dewan Tun Perak. Turut hadir memeriahkan majlis ialah TKP Osman Bin Ahmad, Timbalan pengarah Bahagian keselamatan dan insteligen, TKP Tan Tien Heng Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah Institusi Penjara Negeri Perak, TKP Ibrisam Bin Abd Rahman, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Pengarah Institusi Negeri Perak, pegawai kanan, kakitangan PULAPEN dan keluarga serta Peserta-peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2016.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh kakitangan serta peserta KSAPP Siri 1/2016. Kanak-kanan yang hadir turut diberi sumbangan raya yang disampaikan oleh TKP Osman Bin Ahmad.