AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
- Written by Admin
1 Jun 2016, Gotong-royong menyediakan juadah utama sempena kedatangan Ramadhan telah diadakan di perkarangan Rumah Mayang Sari. Gotong-royong yang diadakan turut dihadiri oleh PKP Nik Robidin Bin AB Rahman, Komandan PULAPEN Perak.
Selesai menyediakan menu utama, semua pegawai kanan, jurulatih, serta warga kerja seisi keluarga berkumpul di Perkarangan Cempaka Sari untuk memulakan aturcara. Turut terlibat adalah Pengerusi, ahli PERSIAP serta ahli PERSIAP Bersekutu PULAPEN Perak yang turut berbesar hati menyediakan hidangan sampingan yang lain. Semoga Ramadhan yang bakal tiba dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan bersederhana dalam pemilihan juadah.