AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2008
- Written by AdminPLPP
28 Oktober 2015 ( Rabu ), satu audit pemantauan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS Internasional telah diadakan di PULAPEN Perak dan berlansung selama dua hari sehingga 29 Oktober 2015.
En. Azhar Bin Abdul Karim merupakan juruaudit SIRIM yang hadir untuk membuat pemantauan bagi skop persijilan Pengurusan Pengendalian Latihan Asas Pegawai Lantikan Baru Bagi Pegawai Penjara Gred KX 17. Mesyuarat pembukaan diadakan di Bilik Hang Tuah pada jam 9.00 pagi manakala mesyuarat penutup pada jam 4.00 petang 29 Oktober 2015. Komandan serta semua pemegang dokumen hadir dalam mesyuarat yang diadakan.