SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PULAPEN PERAK
- Written by AdminPLPP
Pada 10 Oktober 2015, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taipingtelah diadakan di Padang Kawad B yang dihadiri oleh pegawai kanan, kakitangan serta ahli keluarga. Turut serta ialah Komandan PULAPEN Perak, PKP Nik Robidin Bin AB Rahman.
Kehadiran kakitangan serta keluarga seawal jam 7.00 pagi dan aktiviti dimulakan dengan acara senam seni. Komandan berbesar hati untuk merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping. Kesemua peserta yang terlibat kemudiannya ke Dewan Tun Perak untuk aktiviti sukan dalaman seperti Baling Dart, Ping Pong, Carom dan Badminton. Acara berakhir pada jam 11.00 pagi dengan acara cabutan bertuah.