XPDC BERMOTOSIKAL MERDEKA-RAYA
- Written by AdminPLPP
15 Ogos 2015 ( Sabtu ) Hampir 20 orang kakitangan serta pegawai, telah menyertai kembara Merdeka Raya ke Utara sambil menyusun beberapa aktiviti kemasyarakatan serta ziarah ke beberapa tempat dan destinasi kembara akan berakhir di Akademi Koreksional Perlis. Turut menyertai kembara merdeka raya ialah PKP Nik Robidin Ab Rahman, Komandan PULAPEN Perak.
Berkumpul di perkarangan teratak rindu PULAPEN, peserta kembara dilepaskan oleh Y.S Komandan tepat jam 8.30 pagi. Seterusnya peserta kembara menjayakan beberapa aktiviti sebelum bermalam di Pantai Merdeka. Keesokannya, peserta kembara memulakan perjalanan ke Pusat Koreksional Perlis dan bermalam di institusi berkenaan. Peserta kembara seterunsya memulakan perjalanan kembali ke PULAPEN pada hari isnin, 17 Ogos 2015.