Sambutan Hari Penjara Peringkat Institusi
- Written by AdminPLPP
Bertempat di Dataran Wisma PULAPEN telah diadakan Sambutan Hari Penjara Ke-224 peringkat institusi yang di sempurnakan oleh PP Shariff Bin Masri dengan bertemakan “ Transformasi berjaya, Masyarakat Sejahtera ”.
Susunatur majlis di mulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, seterusnya bacaan perutusan sambutan Hari Penjara Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang disampaikan oleh Y.Setia PP Shariff Bin Masri dan bacaan Ikrar. Majlis di teruskan dengan penyampaian pingat serta sijil penghargaan kepada 12 orang penerima.
Aktiviti sambutan hari penjara diteruskan dengan aktiviti gorong-royong dan Program Bumi Hijau dengan menanam beberapa anak pokok di sekitar kawasan PULAPEN. Pada malamnya pula, diadakan Majlis Bacaan Yassin bersama kakitangan dan PERSIAP bertempat di Surau Al-Ulumiah.