Sambutan Aidilfitri PULAPEN Perak & Majlis Perpisahan SP Hamzah Bin Desa
- Written by AdminPLPP
16 Ogos 2014 - Bertemakan 'santai' , bertempat di Dewan Tun Perak PULAPEN Perak telah diadakan Majlis sambutan Aidilfitri dan Majlis perpisahan SP Hamzah Bin Desa yang bertukar ke Penjara Pokok Sena.
PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN serta isteri, Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada SP Hamzah sepanjang beliau bertugas di institusi ini, serta isteri.
Majlis sambutan Aidilfitri dihadiri oleh semua kakitangan serta keluarga dan turut diselitkan dengan sumbangan " duit raya " kepada kanak-kanak yang hadir.