Gotong-Royong menyediakan juadah berbuka puasa
- Written by AdminPLPP
17 Julai 2014 - " Keluarga Besar PULAPEN Perak" yang terdiri dari pegawai kanan, jurulatih, kakitangan awam serta ahli PERSIAP telah bersama-sama hadir memeriahkan aktiviti gotong-royong dalam menyiapkan juadah berbuka puasa bersama anak yatim yang akan diadakan pada petang tersebut.
Acara gotong royong ini diadakan seawal jam 7.30 pagi dengan pembahagian tugas dan penyediaan bahan-bahan masakan. Acara diteruskan dengan memasak bubur lambuk sebagai aktiviti rutin mingguan setiap Khamis sebelum memasak menu utama di jalankan.
Tujuan utama gotong-royong ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta bantu- membantu disamping mengukuhkan ikatan silatulrahim yang terbina.