Kursus Penyelarasan Jurulatih Seni Tangkas Penjara / Kursus Penyegaran Seni Tangkas Penjara ( SENTAP ) Wanita
- Written by Admin
Bermula dari 7 Oktober 2013 hingga 12 Oktober telah dijalankan Kursus Penyelarasan Jurulatih Seni Tangkas Penjara (SENTAP) yang telah di hadiri seramai 10 orang pengasas SENTAP Jabatan Penjara Malaysia.
Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk menambahbaik modul yangs edia ada supaya lebih komprehensif dan dinamik disamping memastikan modul yang sedia ada di kemaskini mengikut kesesuaian senario semasa. Perkara ini bertujuan untuk memastikan agar jurulatih sentiasa bersedia dan memahami dengan baik modul yang di keluarkan.
Manakala Kursus Penyegaran Seni Tangkas Penjara ( SENTAP) pula telah di hadiri oleh kakitangan wanita dan jurulatih wanita dari beberapa institusi. Antara kandungan kursus yang dijalankan adalah Tari Waja SENTAP, elakan dan pukulan, Jurus Cota Panjang dan Cota T, Breakaway dan modul ugut, cabul dan rogol. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran mempertahankan diri dikalangan anggota wanita institusi, di samping sebagai persediaan untuk menangani dan mengurangkan kejadian yang tidak di ingini berlaku di penjara dan diluar kawasan penjara selain dari melahirkan jurulatih di kalangan anggota wanita dan di persijilkan sebagai jurulatih SENTAP.