Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

Pautan

Jabatan Penjara Malaysia Maktab Penjara Malaysia Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Institut Koreksional Malaysia Melaka  Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia

MS ISO 9001 : 2015

Pelawat

0002584603
Today
This Week
This Month
Last Month
All days
2285
6654
17295
70803
2584603

Forecast Today
1560

9.77%
18.64%
0.85%
2.60%
0.10%
68.04%
Online (10 minutes ago):14
14 guests
no members

Your IP:127.0.0.1

Majlis Perbarisan Tamat Latihan KSAPP Siri 1/2013

  • Written by Admin

 

22 Ogos 2013 – Bertempat di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping Perak telah berlansung Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2013 yang telah di rasmikan oleh Y. Bhg KJP Dato’ Sri Hj Zulkifli Bin Omar,

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, bersama Y. Bhg Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man, Y.D.P PERSIAP Malaysia di iringi oleh Y.Setia KPjWan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah ( Pengurusan ). Turut hadir adalah Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua institusi Zon Utara dan Pengarah Parol Negeri .

Majlis bermula pada jam 8.15 pagi, dengan perbarisan yang di anggotai seramai 91 orang termasuk pegawai dan jurulatih masuk padang. Majlis turut menyaksikan perbarisan berjalan lalu dalam formasi perlahan dan cepat jalan, kemudian di teruskan dengan penyampaian Piala Pusingan Kecermelangan Latihan kepada Pelatih terbaik iaitu :

 

Piala Ketua Pengarah Penjara Malaysia( Terbaik Keseluruhan ) – WP 21073 Saiful Amirin Bin Ibrahim

Piala Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia( Terbaik Akademik ) – WP 21090 Muhammad Syafiq Bin Ramli

Piala Pengarah Pembangunan Profesionalisme( Terbaik Menembak ) – WP 21051 Md Saiful Nizam Bin Shafie

Piala Komandan PULAPEN ( Terbaik Latihan Luar ) – WP 21097 Mohd Hamsyari Bin Iwan Karisnawen

 

Aturcara di teruskan dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg KJP Dato’ Sri Hj Zulkifli Bin Omar. Beliau menegaskan agar pegawai penjara dapat melaksanakan tugas berpandukan Standard Operating Prosedure (SOP) yang telah di gubal berdasarkan garis panduan tatacara pengurusan tahanan bagi memastikan pengurusan tahanan dapat di laksanakan dengan selaras dan lancar. Majlis turut di meriahkan dengan persembahan oleh Pancaragam Jabatan Penjara Malaysia, Persembahan TATU dan SENTAP oleh peserta kursus, serta Pasukan K9 Jabatan PenjaraMalaysia.

 

 

 

INFO COVID-19

Info Covid KKM  mysejahtera   

Intranet

Sistem Online

Muat Turun

Info Integriti

Alamat Kami

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, 
Jalan Muzafar Shah, 34000,
Taiping, Perak 
Tel: 05 8050020, 05 8082182
Fax : 05 8064909
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Carian