Bubur Lambuk D'PULAPEN
- Written by Admin
1 Ogos 2013 - Bertempat di perkarangan Rumah PERSIAP PULAPEN Taiping, telah di adakan Gotong Royong memasak Bubur Lambuk. Acara bermula pada jam 8 pagi iaitu persediaan bahan-bahan untuk memasak.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan kakitangan di samping menghidupkan suasana Ramadhan di siang hari dengan aktiviti gotong royong. Turut hadir adalah PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Taiping serta isteri Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN.