Kursus Kompetensi Remitan / Kursus Penyegaran dan Pemantapan Pegawai Pusat Pemulihan Pemasyarakatan ( PPP )
- Written by Admin
25 Julai 2013 - Sebanyak 2 kursus telah di jalankan serentak pada 23 - 25 Julai 2013 iaitu :
- Kursus Kompetensi Remitan Siri 1/2013
- Kursus Penyegaran dan Pemantapan Pegawai Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP)
Kursus Kompetensi Remitan kali ini mensasarkan kakitangan yang bertugas di pejabat penerimaan Gred KX 20 - KX 17. Kursus ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai panduan, teknik dan pengiraan remitan yang berkualiti di samping isu yang melibatkan permasalahan remitan dan implikasi kepada jabatan. Objektif utama yang ingin di capai adalah untuk membentuk anggota yang cekap dan mahir dalam pengiraan remitan di samping mengelakkan berlakunya kesilapan dalam pengiraan yang boleh menjejaskan kredibiliti anggota dan jabatan.
Kursus seterusnya pula melibatkan kakitangan Gred KX 22 - KX 17 termasuk 2 orang pegawai kanan. Peserta didedahkan kepada Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara , pekeliling dan arahan kerja program pemulihan pemasyarakatan. Pelbagai isu turut di bincangkan terutama yang berkaitan dengan perlaksanaan program pemasyarakatan dalam komuniti serta tatacara menguruskan aduan dan menangani masalah ODS.