Kursus SMPP – Modul Keselamatan / Kursus Teknik Memberi Keterangan Di Mahkamah Siri 2/2013
- Written by Admin
5 Julai 2013 – Majlis penyampaian sijil bertempat di Auditorium Ilmu telah di sempurnakan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak kepada semua peserta kursus. Kursus ini telah di jalankan bermula pada 2 Julai 2013 hingga 5 Julai 2013 yang melibatkan kakitangan beruniform Gred KX 22 hingga KX 17.
Antara objektif yang ingin di capai dalam kursus SMPP adalah untuk meningkatkan keupayaan pegawai penerimaan dan penyediaan SMPP, di samping dapat memastikan data dan maklumat pesalah di masukkan dengan betul dan di aplikasikan penggunaannya secara total serta untuk melahirkan kakitangan yang berkemahiran dalam aplikasi SMPP Modul Keselamatan. Kursus teknik memberi keterangan di mahkamah pula lebih memfokuskan tentang teknik-teknik memberi keterangan di mahkamah, di samping untuk meningkatkan keyakinan diri dalam memberi keterangtan di mahkamah serta memberi pendedahan kepada kakitangan tentang proses memberi keterangan di mahkamah.