Salam Perkenalan Komandan kepada peserta KSAPP Siri 1/2013
- Written by Admin
17 Mei 2013 - Bertempat di Auditorium Ilmu, satu sessi "Salam Perkenalan" antara komandan serta peserta KSAPP siri 1/2013 telah diadakan pada jam 3.00 petang dan turut di hadiri oleh pegawai serta jurulatih.
Tujuan perjumpaan ini di adakan adalah untuk menyampaikan amanat serta kata peransang kepada pelatih yang akan menjalani latihan selama 15 minggu di institusi ini. Dalam ucapan yang di sampaikan oleh PP Shariff Bin Masri, beliau turut menekankan aspek disiplin, keselamatan serta aktiviti latihan yang bakal mereka tempuhi. Setiap pelatih perlu memahami serta menguasai setiap modul yang di ajar yang melibatkan modul akademik, Seni Tangkas Penjara, Senjatapi, dan simulasi, disamping itu, pelatih juga turut di beri pendedahan tentang tugas sebenar di dalam penjara dengan melakukan amali di beberapa institusi penjara yang berhampiran.