Malam Sejuta Memori Ahli Bersekutu PERSIAP Malaysia
- Written by Admin
9 April 2013 - Bertempat di Pusat Latiihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping, telah diadakan Majlis Sejuta Memori Ahli Bersekutu PERSIAP Malaysia yang di hadiri oleh Ahli Bersekutu dari seluruh institusi penjara.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam turut diceriakan dengan kehadiran Y. Bhg Datin Sri Hjh. Noraini Bin Hj Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, Y.Bhg Datin Shakimah Binti Abdullah, Naib Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia serta ahli-ahli Majlis Tertinggi. Majlis pada malam itu diadakan untuk mengumpul semua ahli Bersekutu PERSIAP disamping untuk mengeratkan silatulrahim yang telah lama terjalin. Turut di undang untuk membuat persembahan pada malam tersebut adalah Cik Norazah Hj. Kasmuri dari SHG Telok Mas Melaka dan Pn. Kamsiah M.Ali, seorang penyanyi veteran yang cukup di kenali suatu masa dahulu. Majlis yang diselang selikan dengan cabutan bertuah di meriahkan lagi dengan persembahan dari ahli PERSIAP Bersekutu institusi.
Pada 10 April 2013, selesai sarapan pagi, semua ahli PERSIAP bergambar di hadapan Auditorium Ilmu PULAPEN, dan kemudian mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Bin Ahmad, Pegawai Pentadbir Agama, Majlis Agama Islam Taiping yang bertajuk " Wanita Akhir Zaman ". Selesai ceramah, majlis di teruskan dengan ucapan yang di sampaikan oleh Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia, Y. Bhg Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man. Sebelah petangnya pula, satu lawatan kebajikan telah di atur ke rumah Balu Allahyarham Abdul Rahman Bin Yusof di Kg. Expo Kamunting, dan Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia berbesar hati untuk menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan.