Program Menyemarakkan Gelombang Kesukarelaan Kempen Penanaman Sejuta Pokok, Jabatan Penjara Malaysia
- Written by Admin
28 Februari 2013 - Program Penanaman Sejuta Pokok yang di adakan di PULAPEN Perak telah di sempurnakan oleh Y.B Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, turut serta memeriahkan aturcara adalah Y.B Dato' Seri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Sebanyak 104 anak pokok telah di tanam di sekitar kawasan PULAPEN Perak melibatkan anak pokok spesis " Lucida Variegated", " Rose Exora" dan " Sunquick Exora" . Penyertaan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh generasi pewaris ini akan menjadi pemangkin kepada gelombang kesukarelaan di kalangan rakyat kita yang berbilang bangsa dan agama dan program ini bertepatan dengan pelancaran Kempen Penanaman Pokok oleh Menteri Dalam Negeri pada 9 November 2013 di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, Kempas Johor.