Program Bumi Hijau
- Written by Admin
Khamis, 6 Disember 2012 - Bermula pada jam 8.30 pagi turut di adakan adalah Program Bumi Hijau di persekitaran kawasan kediaman kakitangan dan kawasan PULAPEN . Berbudi pada tanah dengan menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan telah dirasmikan oleh PP Shariff bin Masri, Komandan PULAPEN Perak.
Program Bumi Hijau ini adalah untuk menyahut seruan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia yang telah di lancarkan pada 3 Mac 2006 rentetan dari Kempen Buku Hijau dan Pembangunan Keluarga Tani yang menekankan 3 aspek komponen utama iaitu tanaman, ternakan dan Akuakultur. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina persekitaran lanskap hijau dengan tanaman yang dapat memberikan hasil di samping mewujudkan kesedaran tentang pentingnya tumbuhan kepada alam dan manusia.