Kursus Pengenalan Sains Sukan
- Written by Admin
4 Disember 2012, Unit latihan PULAPEN Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak telah mengadakan Kursus Pengenalan Sain Sukan kepada kakitangannya. Penceramah jemputan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, dari Fakulti Sains Sukan Prof. Madya Dr. Anuar Suun telah menyampaikan beberapa input berguna kepada pegawai dan jurulatih yang terlibat. Antara tajuk ceramah yang disampaikan adalah:
- Physical Preparation for Athletes
- Peranan dan Tanggungjawab Jurulatih
- Coaches responsibility on health care of athletes
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memahami serta menilai kepentingan pengetahuan bidang sains sukan di samping untuk mengaplikasikan pengetahuan sukan dalam amalan gaya hidup dan meningkatkan prestasi sukan, selain dapat memudahkan perancangan dan menjalankan latihan amali dan projek sains sukan dengan teratur dan selamat.