1 Malaysia For Youth
- Written by Admin
15 Julai 2012 bertempat di Dataran KLCC telah diadakan Pelancaran Projek 1 Malaysia For Youth atau 1M4U yang memfokuskan remaja serta semangat sukarelawan, sebuah laman khas di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan program ini turut di hadiri seramai 200 orang peserta KSAPP Siri 1/2012 PULAPEN Perak.
Pendedahan terhadap program seperti ini memberi ruang kepada mereka untuk lebih berfikiran terbuka serta berdaya saing dalam usaha melahirkan belia yang berwibawa. Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.