Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2012
- Written by Admin
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek pengurusan keselamatan penjara, Pengurusan Banduan, dan perlaksanaan program pemulihan dan layanan ke atas banduan di dalam Jabatan Penjara Malaysia. Di samping itu, mereka juga dibentuk untuk mempunyai tahap disiplin dan etika kerja yang tinggi dan kukuh di samping peka dan komited dengan aspek keselamatan penjara dan koreksional dan mampu mewujudkan perhubungan yang baik dengan penghuni yang di tahan selaras dengan peraturan dan perundangan yang berkuatkuasa.