Forum Perdana Sambutan Israk Mikraj bersama Anak-Anak Yatim
- Written by Admin
Taiping – Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Israq Mikraj dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Peristiwa di mana perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha.
Rentetan peristiwa tersebut, pada 25 Jun 2012, Pusat Latihan Pegawai Penjara telah meraikan Sambutan Israk Mikraj dengan mengadakan Forum Perdana yang melibatkan Peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012, Kakitangan PULAPEN Perak, PERSIAP PULAPEN serta Anak-anak Yatim Ummu Sophiah.
Majlis di mulakan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan persembahan Nasyid oleh peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012. Aturcara di teruskan dengan Forum Perdana oleh Ust. Zainudin Bin Mohamed Zaini , Pegawai Pembangunan Keluarga Kompleks Islam Darul Ridzuan moderator forum, bersama 2 orang panel iaitu Ust. Hj. Mustafa Bin Hj. Jaafar, seorang Pegawai Khidmat Nasihat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, serta Ust. Hj Azhar Bin Ahmad dari Majlis Agama Islam Taiping yang merupakan seorang Pegawai Tadbir Agama
Objektif diadakan forum tersebut adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan pemahaman semua yang hadir mengenai pengajaran di sebalik Peristiwa Israk Mikraj serta menimbulkan keinsafan hadirin yang hadir dan mengakui bahawa perkara-perkara yang berlaku semasa Peristiwa Israk Mikraj itu, ada maksud yang tersirat yang perlu di fahami setiap insan. Turut diselitkan ketika majlis makan malam adalah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta pihak pengurusan Rumah Anak-anak Yatim Ummu Sophiah yang di sempurnakan oleh Komandan PULAPEN Perak serta Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak