Majlis Penutupan Kursus Hak Kanak-Kanak untuk Pegawai Penjara
- Written by Admin
Taiping - Seramai 22 orang Pegawai Penjara antara Gred KX20 dan KX17 telah melaporkan diri di institusi ini pada 21 November 2011 bagi menghadiri Kursus Hak Kanak-Kanak bagi Pegawai Penjara yang dijalankan selama 3 hari dan berakhir pada 23 November 2011.
Sepanjang Kursus ini di jalankan, seramai 5 orang kakitangan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang di jemput untuk menyampaikan input kursus kepada para peserta telah memberi komitmen yang menggalakkan dalam melibatkan peserta kursus untuk turut serta mendalami serta memahami senario yang sering terjadi terhadap kanak-kanak di negara ini pada masa kini. Majlis Penutupan Kursus telah di sempurnakan oleh TPP Ismawi Bin Ismail, Timbalan Komandan ( Latihan ) Institusi ini. Pn. Hasmah Binti Abdul Manaf, Penolong Setiausaha Bahagian Pendidikan Dan Promosi SUHAKAM telah menyampaikan cenderamata sebagai penghargaan.