Kursus Asas Bomba
- Written by Admin
Taiping - Pada 22 November 2011 telah di jalankan Kursus Asas Bomba Siri 1/2011 yang di hadiri oleh 32 Pegawai Penjara Gred KX20 hingga KX17 yang berakhir pada 25 November 2011.
Sepanjang Kursus ini di jalankan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping dan Ipoh telah memberikan komitmen serta kerjasama yang amat menggalakkan dalam menyampaikan objektif kepada peserta kursus. Peserta di beri pendedahan tentang kaedah menyelamat mangsa dalam pelbagai keadaan serta konsep keselamatan kebakaran dengan lebih terperinci serta mendalam, di samping amali Kawad yang di kendalikan oleh kakitangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pada hari terakhir kursus, Simulasi menyelamatkan mangsa dan memadamkan kebakaran telah diadakan untuk menguji kefahaman serta kemampuan semua peserta dalam mempraktikkan input yang telah di sampaikan. Majlis Penutupan Kursus telah di sempurnakan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak.