Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Institusi
- Written by Admin
TAIPING – 3 November 2011 , Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia peringkat institusi kali ke-162 telah diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping. Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan kakitangan mengambil tempat sebelum ketibaan Timbalan Komandan Pengurusan TPP Nordin Bin Hj Jusoh pada jam 8.05 pagi. Majlis di teruskan dengan Nyanyian lagu Negaraku / Bakti Setia dan Malaysia Inovatif, seterusnya Bacaan Doa dan Ikrar Pegawai Penjara.
Majlis diteruskan dengan membaca Perutusan KJP Datok Wira Hj. Zulkifli Bin Omar oleh TPP Nordin Bin Hj. Jusoh. Seterusnya adalah penyampaian pingat kepada hampir 28 orang kakitangan yang terlibat. Selesai Minum Pagi, semua kakitangan terlibat dengan aktiviti sempena sambutan Hari Penjara iaitu Gotong-Royong Bumi Hijau di Persekitaran Bangunan Baru dan diakhiri dengan makan tengahari yang diadakan di Mayang Sari.
Pada petang 3 November 2011, Semakan Daftar Pengundi telah diadakan di Auditorium Ilmu PULAPEN dan di hadiri oleh kakitangan dari Suruhanjaya Pilihanraya Cawangan Ipoh telah melibatkan semua kakitangan PULAPEN Perak, ahli keluarga dan turut serta dalam aktiviti tersebut adalah Peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2011.