PERTANDINGAN REKAAN POSTER INTEGRITI
- Written by AdminPLPP
1 Julai 2021 - Pertandingan ini melibatkan semua kakitangan PULAPEN Perak dan penyertaan dibuka selama 5 hari bermula 1 hingga 5 Julai 2021. Setiap penyertaan perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan poster yang terbaik.
Tujuan diadakan pertandingan ini adalah sebagai langkah untuk memperkasakan integriti di kalangan kakitangan PULAPEN Perak disamping kesedaran membudayakan sikap berintegriti setiap masa dan dimana sahaja.
Penilaian akan dilakukan oleh jawatan kuasa yang dilantik dan pemenang akan diumumkan pada 6 Julai 2021, ketika sesi Dialog Bulan Julai berlansung. Hadiah menarik turut disediakan kepada pemenang yang berjaya. Pada 5 Julai 2021, pihak urusetia telah menerima 8 penyertaan yang melibatkan pegawai kanan dan pegawai rendah.