LEMANG PKP 2021
- Written by AdminPLPP
11 Mei 2021 - Rutin setiap tahun diadakan acara membakar lemang PKP di kalangan kakitangan yang tinggal di kuarters, sebagai tanda meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun tidak dibenarkan menziarah ketika hari raya, namun lebaran tetap dirai dengan hidangan rutin yang selalu disediakan ketika lebaran. Gotong-royong ini tidak melibatkan ramai kakitangan dalam satu-satu kerana pembahagian tugas dilakukan secara berkumpulan yang bertujuan agar kerjasama berkumpulan serta semangat setiakawan, saling menghormati dan bekerjasama itu sentiasa diamalkan dan sentiasa diwujudkan dalam apa juga program yang dijalankan di PULAPEN Perak.