JAMUAN KELUARGA PULAPEN PERAK
- Written by AdminPLPP
11 April 2021 - Sempena ketibaan Ramamdhan Al-Mubarak 1442 H, PULAPEN Perak telah mengadakan Majlis Jamuan Keluarga pada 11 April 2021 ( Ahad ) yang dihadiri oleh kakitangan serta ahli keluarga PULAPEN Perak. Turut hadir dan memeriahkan majlis adalah PKP Azhari bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak serta isteri, Pn. Sarizah binti Dahaman.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan beberapa acara sukan kanak-kanak, seperti acara 100m, sepakan penalti kategori lelaki dan perempuan, bagi tahap 1 dan tahap 2, mewarna dan acara rebut gula-gula kanak-kanak.
Sajian hidangan tengahari pula disediakan secara gotong-royong oleh pegawai dan kakitangan PULAPEN, disamping mewujudkan kerjasama, program ini turut bertujuan untuk merapatkan silatulrahim dikalangan anggota dan keluarga yang jarang-jarang dapat berjumpa dan berkumpul.
Sebelum majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari, telah diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara yang dipertandingkan, serta cabutan bertuah kepada 10 orang yang bertuah serta penyampaian sumbangan sempena Ramadhan kepada warga kerja PULAPEN Perak.