MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KOMISIONER JENERAL PENJARA
- Written by AdminPLPP
17 Disember 2020, Majlis Penyampaian Amanat oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama Pengarah dan kakitangan Penjara Negeri Perak telah berlangsung di Auditorium ilmu Institusi ini. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Keharmonian Rakyat dan Bakti Setia dan diteruskan dengan aluan pengacara majlis, penyampaian pingat, sesi amanat dan penyampaian cenderamata oleh Pengarah Institusi.
Sesi amanat oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia buat kali yang terakhir ini banyak memberikan nasihat dan semangat kepada warga kerja Penjara terutamanya Penjara Negeri Perak supaya lebih berdaya saing dan membantu Jabatan dalam mencapai visi, misi dan objektif yang telah digariskan.