KOMENTAR / IKRAR PESERTA KSAPP SIRI 1/2020
- Written by AdminPLPP
7 September 2020 – Seramai ( 167 ) peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2020 berkumpul di Auditorium Ilmu bagi menghadiri Komentar Komandan bersama peserta KSAPP bagi kali pertama serta abaacaan ikrar sebagai peserta kursus bagi Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2020.
Aturcara bermula pada jam 8.30 pagi yang dimulakan dengan ucapan komandan, seterusnya adalah ikrar peserta kursus. Selesai sesi bacaan ikrar, peserta kursus diperkenalkan kepada kakitangan awam PLPP. Sessi seterusnya adalah Bahagian latihan bersama peserta KSAPP Siri 1/2020 yang dikendalikan oleh TPP Mohd Fedli Bin Mat Nuri.
Sesi komentar Komandan bersama peserta KSAPP dan Ikrar peserta kursus merupakan antara slot yang diwajibkan setiap kali bermula kursus asas. Slot ini bertujuan agar semua peserta KSAPP di perkenalkan dengan semua pegawai beserta portfolio masing-masing. Hal ini bertujuan agar semua peserta lebih peka dengan siapa mereka berurusan dan dengan siapa perlu mereka berjumpa disamping mendidik rasa hormat kepada semua pegawai dan jurulatih.