PERSIAP BERSEKUTU PULAPEN Ke Cameron Highland
- Written by Admin
16 Februari 2013 - Perjalanan ke Cameron Highland yang memakan masa hampir 3 jam telah membawa seramai 30 orang ahli PERSIAP PULAPEN dan ahli PERSIAP Bersekutu PULAPEN ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Cameron Highland.
Antara tempat yang dibawa melawat adalah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ), Lavender Farm dan beberapa tempat persinggahan yang lain. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim serta suai kenal antara ahli PERSIAP BERSEKUTU dan ahli PERSIAP yang lain.